top of page

Tempat Menarik Ipoh

Ipoh ialah sebuah bandar raya yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan. Bandaraya ini terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur dan merupakan bandaraya keempat terbesar di Malaysia 

Lost World of Tambun

 

Merupakan tarikan di Sunway City Ipoh yang terletak di Tambun. Lost World of Tambun adalah antara taman tema air di Perak. Taman Tema ini akan membawa anda ke pengembaraan yang penuh dengan keseronokan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.Terletak di antara kawasan rimbunan kehijauan dan batu kapur, Lost World of Tambun menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik seperti Petting Zoo, Tin Valley, Team Building Park dan Kolam Air Panas.

Pekan Lama

 

Bangunan yang terdapat di Pekan Lama Ipoh sangat unik dan mempunyai nilai sejarah yang amat beharga. Bangunan Stesyen Kereta Api, Dewan Perbandaran Ipoh, Pejabat Pos Lama dan Jam Peringatan Birch merupakan antara bangunan yang mendapat perhatian pelancong. Terdapat juga bangunan-bangunan yang telah dijadikan kafe. Perak Tourism Hub juga telah melancarkan Jejak Warisan Ipoh, Jejak Mural Ipoh dan Jejak Makanan Ipoh sebagai salah satu produk pelancongan di bandaraya ini.

Kinta Riverfront

 

Merupakan kawasan tarikan pelancong. Terletak di sepanjang tebing Sungai Kinta di antara Jalan sultan Iskandar dan Jalan Lim Bo Seng. Dihiasi dengan pokok LED memberikan satu pemandangan cantik untuk sungai ini pada waktu malam. Terdapat kemudahan hotel dan servis apartment. Rumah kedai juga turut dibina sepanjang tebing sungai begitu juga replika jambatan yang popular di dunia.

Gerbang Malam

 

Terletak di Jalan Tahwil Azhar. Merupakan tempat membeli belah berkonsepkan gerai. Beroperasi setiap hari termasuk hujung minggu. Turut terdapat food court yang mempunyai pelbagai pilihan makanan. Mula beroperasi seawal jam 7 malam hingga 1 pagi.

Istana Kellie

 

Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra,India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

Hubungi kami

 

naurizhomestay@gmail.com

Facebook : Nauriz Homestay

Tel: 017 6369809

Alamat Homestay

 

Nauriz Homestay

No 63, Persiaran Cempaka Sari 30, Taman Cempaka, Ipoh

 

Nauriz Homestay 1

No 3, Laluan Seri Raia 8, Taman Seri Raia, Kg. Kepayang, Ipoh

 

 

bottom of page